Perkataan "narkotik" berasal dari perkataan Greek "narkos" yang bermaksud tidur... Baca lagi Psikotropik atau lebih dikenali sebagai ubat penenang, digunakan dalam rawatan... Baca lagi Dibawah United Nation Convention 1988 sejumlah 23 bahan kimia telah diletakkan...   Baca lagi
 
PENGENALAN

Dadah merupakan substan untuk kegunaan terapeutik, substan berbentuk konvensional dan substan dihasilkan secara sintetik. Dadah yang disalahguna atau digunakan untuk tujuan rekreasi boleh menyebabkan ketagihan dan seterusnya mewujudkan masalah sosial, jenayah dan keselamatan. Peranan unik agensi-agensi penguatkuasaan dadah dalam membanteras masalah najis dadah adalah selaras dengan visi “Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah”. Agensi-agensi tersebut ialah:.
 
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
  • Cawangan Narkotik Bahagian Pencegah, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM)
  • Seksyen Narkotik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
  • Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF KKM)
APAKAH SPIKES
Sistem Pengurusan Integrasi Kawalan  Efektif Substan (SPIKES) adalah inovasi transformasi kawalan substan negara dari makmal jenayah NKRA. BPF KKM selaku pihak berkuasa berwibawa bagi kawalan substan seperti bahan narkotik, psikotropik dan kimia prekursor di negara ini telah diberi kepercayaan untuk membangun sistem kawalan substan inibertujuan memastikan substan digunakan secara sah untuk rawatan perubatan dan kegunaan industri farmasutikal dan kimia.
 
Disamping itu maklumat kawalan substan dalam bentuk lesen, permit dan kebenaran ini dapat diakses dan dikongsi bersama agensi-agensi penguatkuasaan dadah seperti PDRM, KDRM, AADK, dan JKM dalam tugasan pemeriksaan dan penyiasatan berkaitan penyalahgunaan substan. SPIKES memudahkan permohonan atas talian dan sehingga kini sejumlah bilangan pengamal perubatan swasta memegang permit psikotropik buprenorphine dan methadone, pelesen borong dadah berbahaya dan ahli-ahli farmasi berurusan dengan kebenaran impot/ekspot dadah berbahaya / bahan psikotropik telah dan sedang menggunakan sistem SPIKES ini.
 
SPIKES secara rasmi telah diletakkan di bawah pengurusan BPF KKM dan penerangan lanjut mengenainya boleh dicapai di laman sesawang BPF KKM iaitu www.pharmacy.gov.my
 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Lot 36, Jalan Universiti, 46350, Petaling Jaya, Selangor
Copyright © 2012 Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. All rights reserved.

STATISTIK PELAWAT   Hari Ini : 405  Seminggu : 5,965  Sebulan : 31,478  : 356,979