;

  1. Apakah SPIKES?
  2. Apakah Agensi-agensi yang terlibat?
  3. Bagaimanakah SPIKES berfungsi?
  4. Apakah objektif SPIKES?
  5. Apakah faedah SPIKES?
  6. Apakah modul-modul SPIKES?
  7. Kenapa skrin Log Masuk tidak dapat dipaparkan?
  8. Kenapa saya tidak dapat melihat senarai Menu?
  9. Kenapa saya mendapat mesej ralat "Error : Automation server cannot create object"?
  10. Kenapa saya tidak dapat mengakses sistem walaupun telah memasukkan Login ID dan Kata Laluan yang betul?
 
 
 
1. Apakah SPIKES?
 
SPIKES adalah satu inisiatif NKRA Makmal Jenayah dibawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan (street crimes) yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
 
SPIKES juga merupakan satu sistem kawalan aktiviti pergerakan substan yang dibangunkan bertujuan untuk memastikan kegunaannya yang sah di dalam rawatan perubatan dan kegunaan industri.
 
Substan-substan yang dikawal didalam SPIKES ialah:
  • Bahan-Bahan Narkotik
  • Bahan-Bahan Psikotropik
  • Bahan-Bahan Kimia Prekursor
 
Ini adalah selaras dengan kawalan yang dianjurkan oleh badan antarabangsa International Narcotics Control Board (INCB).
 
Melalui peranan yang dimainkan oleh BPF KKM, sebagai agensi peneraju inisiatif ini, disamping peranan agensi-agensi kerajaan yang lain, adalah diharapkan transformasi kawalan substan ini dapat direalisasikan seterusnya mencapai sasaran ke arah pengurangan kadar jenayah jalanan.
 
 
 
2. Apakah Agensi-agensi yang terlibat?
 
Agensi-agensi penguatkuasaan dadah yang terlibat dalam SPIKES iaitu:-
 
a) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
b) Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
c) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)
d) Jabatan Kimia Malaysia (JKM)
e) Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF KKM)
 
 
 
3. Bagaimanakah SPIKES berfungsi?
 
SPIKES merupakan satu program pengkalan data berasaskan web yang berfungsi mengawal pergerakan dan kegunaan substan secara sah di negara ini.
 
 
 
4. Apakah objektif SPIKES?
 
Antara objektif-objektif SPIKES adalah:-
 
a) Kawalan ke atas substan dengan efektif melalui kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan dadah negara
b) Bahan-bahan substan yang berpotensi untuk disalahgunakan dan dipesongkan, dikendalikan melalui satu sistem berasaskan web tanpa menyekat
    kegunaannya yang sah untuk tujuan rawatan perubatan/industri
c) Hanya amalan yang terbaik (best-practised) sahaja mengikut peruntukan undang-undang untuk kawalan substan
 
 
  
5. Apakah faedah SPIKES?
 
Dengan SPIKES , matlamat kerajaan mewujudkan sistem kawalan substan yang sah dan integrasi peranan agensi-agensi penguatkuasaan dadah negara ini dapat direalisasikan. Ia juga dapat memenuhi matlamat NKRA di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di dalam pengurangan kadar jenayah terutamanya jenayah jalanan yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan najis dadah.
 
 
 
6. Apakah modul-modul SPIKES?
 
Modul-modul yang terdapat didalam SPIKES adalah seperti berikut:
  • Kawalan Dadah Berbahaya (Antarabangsa/Transit/Domestik)
  • Kawalan Bahan-Bahan Psikotropik (Antarabangsa/Transit/Domestik)
  • Kawalan Penggunaan Bahan-Bahan Psikotropik (Rawatan Gantian Dadah/Kegunaan Industri)
  • Kawalan Bahan Kimia Prekursor (Antarabangsa/Domestik)
  • Pemeriksaan Substan
  • Penyiasatan Substan
 
 
7. Kenapa skrin Log Masuk tidak dapat dipaparkan?
 
Saya klik pada pautan Log Masuk tetapi saya tidak dapat melihat skrin Log Masuk.
Jawapan: Ini berlaku kerana Firewall yang terdapat di pejabat anda menghalang akses ke SPIKES. Sila minta Pegawai Teknologi Maklumat yang menjaga Firewall di pejabat anda untuk membuka port 57772 untuk SPIKES.
 
 
 
8. Kenapa saya tidak dapat melihat senarai Menu?
 
Setelah saya log masuk ke SPIKES, saya klik ikon Menu, tetapi senarai menu tidak dipaparkan.
Jawapan: Untuk melihat senarai menu, sila pasang (install) SVG Viewer. SVG Viewer boleh dimuatturun disini.
 
 
 
9. Kenapa saya mendapat mesej ralat "Error : Automation server cannot create object"?
 
Sila tambah http://www.myspikes.gov.my ke dalam Trusted Sites. Sila ikuti langkah-langkah berikut
i) Klik Tools -> Internet Options -> Security
ii) Klik Trusted sites kemudian klik butang Sites
 
 
10. Kenapa saya tidak dapat mengakses sistem walaupun telah memasukkan Login ID dan Kata Laluan yang betul?
 
Pengguna perlu membuat penetapan pada Compatibilty View di dalam Internet Option. Klik di sini untuk melihat langkah-langkah penetapan secara atas talian.
 
 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Lot 36, Jalan Universiti, 46350, Petaling Jaya, Selangor
Copyright © 2012 Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. All rights reserved. Penafian

STATISTIK PELAWAT   Hari Ini : 1678  Seminggu : 18,841  Sebulan : 98,748  Keseluruhan : 2,036,684