;

Psikotropik/Psychotropics

 

Gambar 1: Antara bahan-bahan Psikotropik yang terdapat di klinik-klinik perubatan

 

a.Psikotropik atau lebih dikenali sebagai ubat penenang, digunakan dalam rawatan perubatan untuk merawat gejala kemurungan dan Insomnia (susah hendak tidur).

b.Walau bagaimanapun, bahan-bahan Psikotropik terutamanya golongan Benzodiazepines sering juga disalahgunakan sebagai pengganti (substitute) terutamanya dikalangan penagih-penagih opioid.

c.Oleh itu, bahan-bahan Psikotropik ini dikawal secara ketat di bawah Peraturan-peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989 untuk memastikan ianya digunakan untuk tujuan rawatan perubatan sahaja dan tidak disalahgunakan.

d.Melalui pindaan kepada Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989 (PU (A) 10/11) telah diwartakan dan berkuatkuasa mulai 21.1.2011, kesemua pengamal perubatan swasta yang ingin mengendalikan (membeli dan mengguna) keluaran bahan psikotropik buprenorphine dan methadone untuk tujuan rawatan gantian opioid dikehendakki untuk memohon permit yang sah yang di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan tersebut.

e.Untuk senarai bahan-bahan psikotropik di bawah Jadual Ketiga Akta Racun 1952, sila klik di sini

 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Lot 36, Jalan Universiti, 46350, Petaling Jaya, Selangor
Copyright © 2012 Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. All rights reserved. Penafian

STATISTIK PELAWAT   Hari Ini : 1686  Seminggu : 18,849  Sebulan : 98,756  Keseluruhan : 2,036,692