;

Narkotik/Narcotics

 Pil Ecstasy

Gambar 1: Ecstasy dalam pelbagai logo (trademark)

Perkataan "narkotik" berasal dari perkataan Greek "narkos" yang bermaksud tidur.

Narkotik adalah sejenis dadah yang digunakan untuk tujuan rawatan perubatan, walau bagaimanapun ia berpotensi untuk disalahgunakan untuk tujuan ketagihan dan kegunaan rekreasi yang tidak sihat.

Bagi narkotik jenis depressen, ianya sering dikaitkan dengan dadah-dadah seperti Heroin dan Erimin-5.

 

 

Gambar 2: Makmal mini haram Erimin

Bagi narkotik jenis stimulan, ianya sering dikaitkan dengan dadah-dadah perangsang seperti Methamphetamine (Syabu) dan MDMA (Ecstasy).

 

Kristal Syabu

Gambar 3: Kristal Syabu

Di Malaysia kesemua dadah-dadah berbahaya dikawal dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN B

Jenis,Harga dan Ketulenan Dadah Berbahaya di Malaysia

 

No.
Jenis Dadah  
 
 Berat   
 
Harga  (RM)
 
Ketulenan  (%)
1
Heroin Base 1 kg 102,5000.00 80
2 Heroin No.4 1 kg 203,000.00 90
3 Heroin No.3 i kg 34,000.00 4
4 Ganja 1 kg 3,700.00 81
5 Methamphetamine (Syabu) 1 kg 180,000.00 68
6 Ketamine 1 kg 23,000.00 76
7 Ekstasi (MDMA) per tablet 50.00 42
8 Yaba (WY) per tablet 30.00 21
9 Erimin 5 per tablet 20.00 7

Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Polis DiRaja Malaysia(2013)

 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Lot 36, Jalan Universiti, 46350, Petaling Jaya, Selangor
Copyright © 2012 Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. All rights reserved. Penafian

STATISTIK PELAWAT   Hari Ini : 1682  Seminggu : 18,845  Sebulan : 98,752  Keseluruhan : 2,036,688